• Gambar Bogel Atlet Terjun Terkenal Tular

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    Atlet terjun terkenal Britain Tom Daley terpalit dengan kontroversi panas selepas gambar bogelnya tersebar di laman sosial, beberapa hari lalu.

    Memetik media antarabangsa, gambar-gambar tersebut memaparkan atlet berusia 23 tahun merakam gambar sendiri (selfie) sambil terbaring di atas katil dan memakai cincin Olimpik di jarinya.

    Sementara satu lagi gambar memaparkan pemegang gelaran juara dunia pada tahun 2009, 2015 dan 2017 serta pemenang pingat gangsa acara terjun pada Sukan Olimpik Rio di Brazil 2016 itu dalam keadaan telanjang dengan menampakkan bahagian punggungnya – dalam gaya yang menghairahkan.

    Mail Online melaporkan, gambar-gambar tersebut dipercayai dirakam semasa Daley bersendirin di dalam bilik tidurnya yang kini dikongsi bersama dengan suami beliau, Dustin Lance Black, 43, di Southwark, selatan London.

    Gambar-gambar tersebut pada mulanya dimuat naik di aplikasi Snapchat sebelum ia dipadam beberapa saat selepas ditonton pengikut laman sosial berkenaan.

    Malangnya, pengikut pengguna laman sosial Daley dipercayai sempat membuat tangkapan skrin (screen capture) secara rahsia tanpa pengetahui atlet itu sebelum ia tersebar, di mana pada bahagian atas gambar itu tertera huruf ‘TD’, merujuk kepada nama Tom Daley.

    Difahamkan, Daley telah mengarahkan peguamnya menghantar notis mengarahkan gambar tersebut ditarik balik selepas ia dimuat naik ke laman web di Amerika Syarikat (AS) dan dikongsi di laman Twitter.

    Insiden melibatkan gambar ‘seksi’ Daley bukan pertama kali tersebar kerana tahun lalu aksi seksi Daley bersama seorang lelaki yang berpengkalan di Liverpool turut muncul di Snapchats ketika atlet itu berpisah sementara dengan suami beliau sekarang, yang merupakan pemenang anugerah Oscar pada tahun 2016.

    Sementara itu seorang kawan rapat Daley memberitahu Mail Online bahawa gambar-gambar yang tular itu dirakam pada 2016, sebelum atlet itu berkahwin dengan suaminya.

    “Gambar-gambar tersebut adalah ketika mereka berpisah untuk beberapa bulan, yang mana mereka telah memberitahu mengenai perkara (perpisahan) itu sebelum ini – dan kemudian mereka bersatu semula.”

    Kurang dari setahun yang lalu Daley mengaku mempunyai usaha dalam talian dengan seorang lelaki lain semasa hubungan rahsia pada tahun 2016. Adalah difikirkan imej-imej itu diambil dalam tempoh itu.

    Memetik Mirror pula, tunang Daley (yang kini bergelar suami) memberitahu tahun lalu bahawa hubungan pasangan itu semakin kuat selepas perpisahan sebelum mereka memutuskan untuk mengikat tali pertunangan.

    Lance pada masa itu memberitahu The Sun bahawa Daley menceritakan semua yang berlaku, tetapi menambah bahawa ‘perkara’ itu terjadi ketika mereka berpisah dan apa yang dilakukan penerjun itu pada saat itu adalah hal peribadinya.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Gambar Bogel Atlet Terjun Terkenal Tular "