• Gam Gajah Disangka Ubat Titis Mata

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 4 January 2018
    A- A+

    Malang menimpa seorang lelaki apabila dia tersalah guna ubat titis mata. Rupa-rupanya ia merupakan gam gajah, bukannya ubat doktor. Kedaan ini menyebabkan matanya tidak boleh dibuka.

    Lelaki itu kemudian panik. Dia ke hospital mata di Oxford dalam keadaan sakit. Menurut doktor, lelaki itu bernasib baik kerana dia membasuh matanya, jika tidak keadaan menjadi lebih teruk.

    Kejadian ini dilaporkan dalam British Medical Journal dan kes menakutkan itu yang berlaku pada minggu ini merupakan salah satu daripada 15,000 kes yang diterbitkan oleh majalah terbabit.

    Kes ini mendapat perhatian disebabkan gam gajah itu dijual dalam botol yang sama dengan botol untuk ubat mata.

    Ia dilaporkan sering berlaku sejak 1982 lagi. Selain itu, kes ini juga memberi peringatan kepada profesional dalam bidang perubatan untuk membuat laporan kepada pengilang atau pihak berkuasa bagi pihak pesakit. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Gam Gajah Disangka Ubat Titis Mata "