• Galeri DUN Sarawak Pamer Sejarah 150 Tahun

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 30 January 2018
    A- A+
    KUCHING: Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hari ini merasmikan Galeri Pameran Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Galeri tersebut diwujudkan hasil kerjasama Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Muda di Pejabat Kerua Menteri (Hal Ehwal Koporat) Abdullah Haji Saidol dan Jabatan Muzium Sarawak.

    Tujuan galeri tersebut diwujudkan adalah untuk mempamerkan koleksi bahan dan gambar yang penuh dengan nilai sejarah dan simbolik kepada DUN dari tahun 1867 hingga sekarang.

    Galeri berkenaan juga akan menjadi salah satu lokasi pelancongan yang akan dilawat di DUN dan ia terbuka kepada pelawat.

    Terdahulu, Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) mengadakan sidang khas bersempena dengan Ulang Tahun Ke-150 DUN Sarawak.

    Sebelum ini, majlis khas telah diadakan untuk meraikan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-100 dan Ke-125 tahun. - Sarawakiana
  • No Comment to " Galeri DUN Sarawak Pamer Sejarah 150 Tahun "