• Gadis Ini Jalani 30 Pembedahan Plastik Untuk Jadi Pelakon Lucah Demi Kekasihnya

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    Bila anda cintakan seseorang, kadang kala anda sanggup lakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak pasangan anda. Mungkin inilah cara anda menunjukkan kasih sayang dan kesungguhan terhadap si dia.

    Bagaimanapun, seorang perempuan berusia 22 tahun ini terlalu sayangkan teman lelakinya sehingga sanggup menjalani pembedahan plastik sebanyak 30 kali.

    Berry Ng, bintang Youtube dari Hong Kong telah menjalani beberapa prosedur pembedahan plastik sejak 5 tahun yang lepas untuk menunjukkan kasih sayang terhadap teman lelakinya.

    Berry berkata dia melakukan perkara itu semenjak bekas kekasihnya mula membuat perbandingan antara dia dan model cantik yang lain terutama pelakon lucah.

    Membelanjakan lebih dari $3,000 untuk membentuk mata, pipi, dahi, hidung, payudara dan dagu, pembedahan mula dilakukan semenjak dia berusia 17 tahun. Dia menjumpai pusat kecantikan yang menawarkan pakej murah untuk pelajar.

    Berry menjadi ketagih setelah melalui prosedur pembedahan plastik.

    Kerana terlalu ingin menarik perhatian teman lelakinya yang selalu merungut tentang penampilannya, pada usia 21 tahun dia telah selesai menjalani semua prosedur pembedahan kosmetik.

    Tetapi malangnya, segala usaha untuk mengubah penampilan fizikalnya itu tidak berbaloi kerana masih tidak berjaya menarik perhatian bekas kekasihnya.

    “Kalaulah waktu dahulu dia suruh berhenti lakukan pembedahan dan memuji saya cantik, saya akan berhenti, tetapi dia tidak melakukannya.” Katanya.

    Bekas teman lelaki juga merungut saiz payu daranya sangat kecil.

    Berry juga menjalani pembedahan membesarkan payudara tetapi lelaki tersebut menegaskan bahawa dia tidak meminta gadis itu untuk berbuat demikian.

    Berry tidak tahan dengan sikap lelaki itu lalu mengambil jalan untuk putus dengan kekasihnya.

    Sekarang dia telah pulih dari ketagihan terhadap pembedahan plastik.

    Buat pasangan yang bercinta, jangan terlalu taksub dengan penampilan pasangan masing-masing. Paling penting, sayangi diri sendiri dahulu barulah orang lain.-taikotai.tv

    Subjects:

  • No Comment to " Gadis Ini Jalani 30 Pembedahan Plastik Untuk Jadi Pelakon Lucah Demi Kekasihnya "