• Gadis Ditemui Mati Dalam Bonet Kereta, Kekasih Ibu Ditahan Di Miri

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+
    Foto ihsan  PDRM
    MIRI: Seorang gadis berusia 13 tahun ditemui mati dalam bonet sebuah kereta dipercayai dibunuh oleh teman lelaki ibunya dalam satu kejadian di Kuala Baram semalam.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, hasil siasatan awal pada jam lebih kurang 11 pagi semalam mangsa pelajar tingkatan satu sekolah menengah di bandaraya ini dan suspek berusia 33 tahun berasal dari Kuala Lumpur telah bertengkar dan suspek bertindak mencekik mangsa sehingga menyebabkan kematian.

    Menurutnya, suspek yang cemas dengan keadaan tersebut bertindak membuang mayat mangsa ke dalam semak namun ditemui pasukan peronda MPV dalam keadaan mencurigakan.

    "Pada jam lebih kurang 3.55 petang pasukan peronda MPV menemui seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dengan keadaan bonet kereta terbuka cuba melarikan diri daripada pihak polis dan berlaku adegan kejar mengejar antara suspek dan pasukan polis terbabit sepanjang lima kilometer.

    "Apabila sampai di sebuah simpang Pelabuhan Miri suspek telah menghentikan kenderaan dan diarahkan oleh anggota bertugas untuk melakukan pemeriksaan.

    "Sebaik sahaja bonet kereta tersebut dibuka, anggota bertugas menemui mayat seorang gadis yang sudah tidak bernyawa dan suspek terus ditahan bagi menjalani siasatan lanjut." katanya.

    Jelas Dev, suspek pekerja sebuah kedai perabot di Piasau ditahan membantu siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disisat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Gadis Ditemui Mati Dalam Bonet Kereta, Kekasih Ibu Ditahan Di Miri "