• Gadis Cantik Dikecam Teruk Kerana Teman Lelakinya, Namun Responsnya Memang ‘Win’

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+

    Suka jaga tepi kain orang. Itulah masalah yang dihadapi oleh sesetengah orang dalam media sosial dimana mereka suka mengecam dan memberi komen-komen negatif tanpa menghiraukan perasaan orang lain.

    Namun inilah yang terjadi kepada pasangan kekasih dari Vietnam, Linh My Nguyen dan teman lelakinya, Hai Nguyen. Linh yang memuat naik gambar bersama kekasih seringkali dibanjiri dengan komen-komen yang mempersoalkan kenapa dia harus memilih lelaki tersebut.

    “Awak cantik tapi teman lelaki awak gemuk.” Komen seorang pengguna Facebook.

    “Awak tidak sesuai dengan lelaki gemuk dan hodoh.” Tambah seorang pengguna lagi.

    Sebaliknya, dia terus memuat naik gambar-gambar romantik mereka berdua tanpa mempedulikan kata-kata cacian daripada netizen dan respons Linh itu telah membuatkan ramai haters beliau berasa terkejut dan hairan. Linh berkata penampilan fizikal dan berat badan seseorang itu tidak penting baginya.

    “Di dalam percintaan, berat badan dan bentuk fizikal pasangan kita itu bukanlah suatu perkara yang penting. Namun apa yang penting adalah keserasian, hati yang ikhlas dan budi pekerti yang baik,” balas Linh.

    Pasangan tersebut telah bercinta hampir dua tahun dan mereka sangat bahagia dengan perhubungan yang mendapat gelaran “Beauty and the Beast” itu.-taikotai.tv

    Subjects:

  • No Comment to " Gadis Cantik Dikecam Teruk Kerana Teman Lelakinya, Namun Responsnya Memang ‘Win’ "