• Gadis 14 Tahun Maut Selepas Selesai 3 'Round' Dengan Teman Lelaki

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+

    Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan pada bahagian alat sulit selepas selesai melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di Tabanan, Bali, Indonesia.

    Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari semalam, mangsa yang tidak didedahkan identitinya telah mengadakan hubungan seks tiga kali dengan teman lelakinya yang berusia 25 tahun sebelum tidak sedarkan diri, lapor Jawapos.

    Menurut laporan portal tersebut, pasangan itu yang mula berkenalan sejak 29 Disember tahun lalu menerusi aplikasi BBM pada mulanya bertemu di sebuah lokasi air terjun di Kecamatan.

    Lelaki itu kemudian mengajak mangsa pergi ke sebuah rumah milik adik teman lelakinya, yang kebetulan tiada di rumah berkenaan kerana pulang ke kampung.

    Sebaik tiba di rumah berkenaan, kedua-dua mereka berborak sebelum melakukan hubungan seks yang berlanjutan sebanyak tiga kali. Selesai melempiaskan nafsu, gadis yang masih bersekolah itu pergi ke bilik air sebelum ditemui tidak sedarkan diri oleh teman lelakinya.

    Menurut saksi kejadian, lelaki itu sempat meminta minyak sapu bayi daripadanya kerana mahu cuba menyedarkan mangsa, namun usaha tersebut gagal sebelum dia memutuskan untuk membawa mangsa ke hospital kira-kira jam 3.30 petang.

    Bagaimanapun pegawai perubatan di Hospital Tabanan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan pada alat sulit dan terdapat kesam lebam.

    Dr Gede Suriarta berkata, tiada tanda-tanda kekerasan berlaku namun terdapat kesan melecet pada bibir, leher dan dada mangsa.

    “Menurut teman lelakinya, mereka baru selesai melakukan hubungan seks dan mangsa terus tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital,” katanya memetik portal tersebut.

    Polis Tabanan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan suspek lelaki kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Gadis 14 Tahun Maut Selepas Selesai 3 'Round' Dengan Teman Lelaki "