• Fazzrudin Gesa Pemimpin Akar Umbi Beri Kerjasama Kepada Kerajaan

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+


    KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman menggesa pemimpin terutamanya peringkat akar umbi memberi kerjasama kepada usaha kerajaan dalam membangunkan sesebuah kawasan atau kampung.

    Menurutnya, tanpa kerjasama daripada pemimpin akar umbi segala perancangan kerajaan dalam usaha membawa pembangunan kepada rakyat tidak akan tercapai.

    Memetik laporanUtusan Borneo, Fazzrudin turut memberitahu supaya setiap pemimpin masyarakat terutama ketua kampung agar menyediakan profil kawasan masing-masing.

    Ia adalah sebagai panduan bagi membuat perancangan aktiviti bagi memajukan kawasan berkenaan dan maklumat yang disediakan adalah sangat penting kepada kerajaan bagi mengenal pasti bentuk bantuan atau pembangunan yang perlu disalurkan.

    “Malah menerusi profil ini juga kita akan tahu apa kelebihan yang terdapat di kawasan kita yang dapat diketengahkan kepada masyarakat luar,” katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Fazzrudin Gesa Pemimpin Akar Umbi Beri Kerjasama Kepada Kerajaan "