• Farid Tak Masuk Senarai 300 Artis Yang Hutang Ah Long

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    Menerusi laporan Kosmo, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mendedahkan 300 artis tempatan kini diburu ah long ekoran gagal membayar hutang mencecah sehingga RM60,000.

    Bagaimanapun Presiden Seniman, Zed Zaidi mengesahkan pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil yang kini direman berhubung kes menampar seorang anggota polis di Peta­ling Jaya tidak termasuk dalam senarai tersebut.

    Menurut beliau, majoriti artis yang terbeban dengan hutang ah long sejak tahun 2015 itu merupakan artis lelaki.

    "Senarai itu diperoleh selepas Seniman menerima laporan bertulis daripada artis terlibat yang mahu kita membantu mereka," kata Zed.

    Sementara itu perkembangan selanjutnya mengenai kes Farid bakal diketahui hari ini.

    Pelakon berusia 37 tahun itu ditahan reman empat hari sejak Jumaat lalu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap dirinya berhubung empat kes jenayah iaitu mendatangkan kecederaan, menampar anggota polis, mengambil dadah dan mengganggu tugas penjawat awam.

    Farid yang juga suami kepada Datin Diana Danielle itu disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga dua tahun. - MD

    Subjects:

  • No Comment to " Farid Tak Masuk Senarai 300 Artis Yang Hutang Ah Long "