• Fadillah Masih Berahsia Mengenai Hasrat Bertanding Jawatan Naib Presiden Kanan PBB

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof masih belum menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada konvensyen parti tersebut bulan depan.

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau yang melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda PBB berkata, buat masa ini beliau masih belum dicalonkan.

    "Kita akan melihat nanti sama ada bertanding atau tidak apabila tiba masanya," katanya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

    Menurutnya, masih terlalu awal untuk beliau menyatakan sesuatu berhubung perkara tersebut.

    Malah Ketua Menteri yang juga Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan mengenai kemungkinan Fadillah akan bertanding untuk jawatan tersebut.

    Namun Abang Johari menjelaskan, adalah menjadi perkara biasa untuk ahli parti tersebut melihat jawatan lebih tinggi.

    Pada masa sama Fadillah berharap kepimpinan baharu pergerakan pemuda akan meneruskan legasi PBB melibatkan persahabatan dan perjuangan.

    "Sokong kepimpinan parti untuk membawa lebih kemajuan kepada negeri dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat," ujarnya.

    Fadillah dipilih sebagai Ketua Pemuda PBB sejak 2007.-Sarawakiana







    Subjects:

  • No Comment to " Fadillah Masih Berahsia Mengenai Hasrat Bertanding Jawatan Naib Presiden Kanan PBB "