• Ekonomi Digital Platform Pekerjaan Anak Muda

    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+


    SARIKEI: Ekonomi digital mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat terutama golongan muda kata Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, ekonomi digital juga dijadikan sebagai sebahagian medium penting bagi membolehkan usahawan terus berkembang maju.

    “Namun demikian, usaha kerajaan negeri untuk mentransformasi Sarawak ke arah ekonomi digital memerlukan kerjasama dan perkongsian maklumat pelbagai pihak.

    “Usaha ini amat penting bagi memastikan Sarawak terus melangkah ke hadapan dan tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi maklumat (IT),” katanya.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang menyeru rakyat mempersiapkan diri dan bersedia menerima perubahan tersebut, di samping menimba ilmu dalam bidang berkaitan.

    Menurutnya, usaha kerajaan negeri mewujudkan SIC di Sarikei bertujuan membolehkan peniaga tempatan melebar luas jaringan perniagaan mereka melalui sistem e-dagang sebagai cara baharu.

    “Bagaimanapun, kemudahan ini tidak akan dapat dinikmati jika kita tidak menguasainya.

    “Oleh itu, kita harus bersedia dan timbalah ilmu sebanyak mungkin,” katanya.

    Len menambah, peluang yang disediakan kerajaan ini sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya rakyat untuk meningkatkan taraf hidup mereka. - Sarawakiana 
  • No Comment to " Ekonomi Digital Platform Pekerjaan Anak Muda "