• Dulu Seorang Samseng, Kini Seorang Jururawat

    Published: Sunday, 21 January 2018
    A- A+
    MUNGKIN ramai tidak menyangka bahawa lelaki ini pernah menjadi seorang anggota samseng di Singapura suatu ketika dahulu.

    Namun, takdir telah mengubah dirinya untuk menjadi seorang yang baik dan kini beliau begitu giat menabur bakti kepada masyarakat tempatan.

    Begitulah apa dapat disimpulkan daripada perkongsian, Muhammad Azerael Azhar dipetik portal Channel New Asia bercerita mengenai pengalaman hidupnya yang suatu ketika bergelumang dengan jenayah jalanan.

    Ceritanya bermula apabila empat tatu di tangan dan buku lali kaki terutamanya tiga bintang di tangan kiri Azrael sering menjadi teguran para pesakit ketika beliau sedang bertugas.

    Mengulas lanjut, Azerael berkata tatu-tatu itu merupakan ‘saksi’ sekali gus memberi pelbagai maksud serta nilai kepada segala usahanya dalam merubah diri ke arah yang lebih baik.

    Memetik sumber, Azerael berasal daripada seorang pelajar bijak yang mana sering ditempatkan dalam kelas ranking teratas.

    Namun begitu, disebabkan masalah yang dihadapi oleh kedua-dua ibu bapanya secara langsung telah menyebabkan dia turut terkesan sehinggakan memberi impak kepada pembelajaran.

    “Ibu saya dulu yang bantu saya dengan mata pelajaran saya. Selepas cerai, dia terpaksa bekerja dua pekerjaan, dan kemudian dia tiada masa untuk saya, dan ia mempengaruhi pelajaran saya,” katanya.

    Walaupun Azerael berjaya disenarai pendek antara pelajar yang memasuki kelas pandai, kesan daripada perceraian itu telah membuatkan dia hilang semangat untuk meneruskan pelajaran.

    “Saya tidak beri perhatian dalam kelas mahupun menyiapkan tugasan diberikan. Saya akan duduk di belakang kelas. Memakai earphone, mendengar lagu-lagu dan melakukan perkara saya sendiri.

    “Selain itu, saya juga sering berhadapan dengan masalah disiplin terutamanya penampilan dan rekod kehadiran ke sekolah,” ujarnya.

    Meskipun begitu, Azerael tetap menjadi pilihan untuk dilantik menjadi ketua kelas yang mana baginya adalah satu tanggungjawab berat yang kerana perlu melaporkan segala kesalahan budak nakal kepada guru.

    Keadaan itu sekali gus mengakibatkan dirinya tidak disukai ramai dan beliau kebetulan turut menjadi mangsa buli ekoran mempunyai susuk tubuh yang gemuk.

    Akui tertekan dengan perkara tersebut, Azreal mula mengikut jejak abangnya dengan menyertai geng samseng ketika itu asalnya untuk tujuan perlindungan.

    Disebabkan Azarael terlalu muda, dia tidak campur tangan atau mengikuti sebarang aktiviti yang berkaitan dengan geng itu sebaliknya hanya melepak bersama mereka hingga lewat malam.

    Pun begitu, segalanya mula berubah apabila kumpulan berkenaan mula berpecah ekoran terdapat ahli yang ditangkap kerana kegiatan tidak bermoral dan dihantar ke pusat pemulihan.

    Beliau berkata demikian bagi berkongsi ‘maksud’ dan ‘mesej’ yang tersirat di sebalik tatu berkenaan. Bercerita mengenai bagaimana beliau berminat untuk bergiat dalam bidang kejururawatan, begini ceritanya…

    Ia bermula daripada pertemuan dengan pesakit yang juga merupakan bekas penagih dadah apabila menjadi titik perubahan yang menguatkan keazaman beliau untuk belajar kejururawatan.

    “Dia benar-benar muda, sekitar baya umur saya pula, dan dia berkata kepada saya bahawa jika dia mempunyai peluang lagi, dia akan kembali semula ke sekolah.

    “Dia juga berkata kepada saya, ‘Saya akan pergi (mati) tidak lama lagi, mengapa tidak melakukannya untuk diri sendiri?’.

    “Maka daripada situ, saya mula berfikir mungkin saya juga harus meneruskan pendidikan saya sementara saya masih boleh,” kongsinya.

    Bertitik tolak daripada situ, beliau mengambil keputusan untuk meneruskan pelajaran meskipun berdepan dengan pelbagai ujian. – MYNEWSHUB.CC/AM

    Subjects:

  • No Comment to " Dulu Seorang Samseng, Kini Seorang Jururawat "