• Dulu Jilat Kalkulator Tanda Cinta, Kini Mahu Kahwin Tetris

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+


    SEORANG pelajar matematik berusia 20 tahun dari Orlando, Florida telah mengumumkan hasratnya untuk berkahwin dengan permainan video Tetris, setelah kehilangan 'teman lelaki'nya sebelum ini yang terbabit dalam kemalangan.

    'Kekasih' yang dimaksudkan itu adalah sebuah kalkulator bernama Pierre.

    Noorul Mahjabeen Hassan dikenal pasti sebagai 'objectum seksual'.

    Juga dikenal sebagai 'objectofilia', individu ini menyebabkan seseorang tertarik, jatuh cinta dan bersedia memberi komitmen terhadap objek tak bernyawa.

    Noorul sebelum ini pernah mempunyai hubungan romantis dengan iPod dan monorel, tetapi dia telah memulakan komitmen untuk Tetris selama lebih setahun dan merancang untuk berkahwin dengan permainan itu selepas menamatkan pengajiannya di universiti.

    "Ia bermula apabila saya bermain Smash Run dan saya mendengar tentang Tetris, saya fikir ia bagus. Setiap kali saya mendengar tentangnya saya mahu bermain Tetris," katanya yang berusia 20 tahun itu.

    "Bagi saya Tetris sangat hebat, dia adalah kesempurnaan dan dia merangsang fikiran anda. Saya dapat rasakan ia adalah satu hubungan yang dirasakan sesama manusia."

    Hubungan ganjil itu bermula pada September 2016 dan sejak itu Noorul telah memenuhi rumahnya dengan memorabilia Tetris.

    Dia mendakwa menghabiskan lebih dari 12 jam sehari bermain Tetris dalam talian dan di Gameboy. Hubungannya sangat intim, sehingga Noorul mendakwa dia tidur dan memeluk objek seakan sama dengan bentuk Tetris, seperti kusyen dan cakera keras.

    Noorul hanya tertarik dengan objek yang dianggap sebagai lelaki dan menegaskan bahawa ia bukan satu pemujaan.
    "Saya ingin jelaskan ada perbezaan besar.

    "Anda mempunyai perasaan sebenar dan emosi anda terikat dengan objek, saya tidak pernah tertarik kepada manusia."

    Bercakap mengenai bekas kekasihnya, kalkulator, Noorul berkata: "Saya suka menyentuh kekuncinya. Saya mengusapnya dengan jari saya dan saya juga menggunakan lidah untuk menyentuh kekuncinya.

    "Saya suka bermain dengan nombor secara rawak dan mendarabnya. Ia juga merupakan satu hubungan intelektual." -CatersTV

    Walau bagaimanapun, kehidupannya kembali ceria selepas bertemu dengan Tetris.

    "Saya mahu katakan bahawa saya telah berkahwin dengan Tetris dan mempunyai upacara sah dengan rakan-rakan. Saya mahu katakan 'saya cinta kamu' dan ingin membuktikannya dengan anda memanggil saya Mrs Tetris."

    Hubungan unik Noorul telah menimbulkan masalah buat keluarganya yang berjuang untuk memahaminya. Dia telah menemui komuniti aktif dalam talian untuk menyokongnya dan berharap untuk menyebarkan kesedaran dan pemahaman mengenai seksualitinya.

    "Saya tidak melakukan sebarang kemudaratan. Apa masalahnya? Mereka fikir ia pelik tetapi saya minta mereka memberi saya satu sebab kenapa saya tidak perlu mempunyai hubungan dengan Tetris dan mereka tidak dapat memberikannya." - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Dulu Jilat Kalkulator Tanda Cinta, Kini Mahu Kahwin Tetris "