• Duda, Penganggur, Tokan

    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+


    LELAKI berusia 32 tahun dicekup polis bersama sejumlah dadah heroin di hadapan rumah tidak bernombor di Kampung Baru, Jalan Sungai Tiang, Pendang, petang semalam.

    Suspek yang juga penganggur itu ditahan 5.30 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang.

    Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, ketika ditahan suspek yang dipercayai tokan dadah sedang menunggu pelanggan untuk mendapatkan bekalan dadah daripadanya di hadapan rumah rakannya itu.

    Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui beg kain mengandungi dua paket plastik lutsinar berisi heroin seberat 57.08 gram.

    "Polis merampas semua barang kes dan dibawa ke IPD Pendang Kedah untuk tindakan selanjutnya.

    "Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine serta morfin.

    "Turut dirampas, wang tunai RM200 manakala jumlah heroin yang dirampas bernilai RM900," katanya dihubungi di sini.

    Fadzil berkata, suspek penduduk tempatan dan berstatus duda itu mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah mengikut Seksyen 39B dan 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

    "Suspek direman seminggu mulai hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B ADB 1952, memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabitkan kesalahan," katanya.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Duda, Penganggur, Tokan "