• Dua Ular Tedung Tarik Perhatian

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    PEKARANGAN pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Baling, dikerumuni orang ramai untuk melihat dua ular tedung selar yang ditangkap, tengah malam tadi.

    Kedudukan pejabat APM di tepi jalan utama menyebabkan orang ramai yang lalu lalang di situ singgah melihat ular tedung selar yang diletakkan di dalam sangkar besi.

    Ular sepanjang empat meter dan berat 10 kilogram ditemui oleh penduduk, Yahya Ahmad, 62, dari Kampung Batu 48, Bongor ketika sedang membersih persekitaran rumahnya, petang semalam.

    Yahya berkata, dia ternampak kelibat dua ular itu di bawah longgokan plastik dipercayai sedang mengawan.

    "Saya mengambil kayu untuk menghalau ular itu dan terkejut seekor daripadanya memanggung kepala setinggi satu meter.

    "Saya beredar kerana bimbang ular itu menyerang dan menghubungi pihak APM," katanya ketika dihubungi.

    Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata, pihaknya mengambil masa satu jam untuk menangkap dua ular tedung itu

    Beliau berkata, empat anggota ke lokasi dan mencari ular berkenaan tetapi gagal ditemui sehingga dihubungi kira-kira 12 tengah malam apabila penduduk ternampak ular itu keluar dari longgokan plastik

    "Dalam tempoh seminggu ini lima ular berbisa berjaya ditangkap," katanya.

    Beliau berkata, orang ramai perlu berhati-hati apabila terserempak dengan ular berbisa di kawasan rumah dan segera menghubungi APM.

    "Orang awam diminta berhati-hati untuk menangkap ular berbisa dan sekiranya ada kes kecemasan boleh hubungi talian 04-4701626 atau 999.

    Mohd Faizol berkata, di samping menjalankan tugas menangkap haiwan berbisa ,memusnah sarang serangga, APM juga menyediakan perkhidmatan latihan kepada masyarakat setempat dan komuniti.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Dua Ular Tedung Tarik Perhatian "