• Dua Sekolah Rendah Di Sarawak Masih Ditutup Akibat Banjir

    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+

    MIRI - Dua buah sekolah rendah di Sarawak masih tidak dapat meneruskan sesi persekolahan yang memasuki hari kedua hari ini berikutan banjir.

    Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), dua sekolah berkenaan yang ditutup sejak semalam ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Uma Sambop di Belaga dan SK Rumah Essau di Subis melibatkan 213 murid dari kedua-dua buah sekolah tersebut.

    “SK Uma Sambop mempunyai 158 murid, 15 guru dan sembilan kakitangan pentadbiran, ditutup berikutan kerja-kerja pembersihan kelas, asrama dan dewan makan yang masih dilakukan bersama dengan pihak sekolah dan ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan.

    Menutut JPBNS, SK Rumah Essau yang mempunyai 55 murid, 10 guru dan dua kakitangan pentadbiran, ditutup kerana paras air di jalan utama sekitar luar dan dalam sekolah tidak surut sejak 31 Dis 2017.

    “Empat buah sekolah rendah SK Beliau Ahad,SK Sungai Kelabit,SK Telahak dan SK Kuala Kenyana turut terjejas akibat banjir tetapi tidak ditutup dan beroperasi seperti biasa,”katanya. - Bernama
  • No Comment to " Dua Sekolah Rendah Di Sarawak Masih Ditutup Akibat Banjir "