• Dr Sim Gesa Bekas Ahli Di UPP Kembali Sertai SUPP

    Published: Thursday, 4 January 2018
    A- A+

    Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian mengesa bekas ahli dan penyokong SUPP terutama yang ketika ini bersama Parti Rakyat Bersatu (UPP) untuk kembali bersatu bersama dengan SUPP.

    Tegas beliau, ini adalah salah satu langkah untuk menyelesaikan kemelut berpanjangan antara SUPP dan UPP dalam pembahagian kerusi parlimen untuk Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    "Kembalilah menyertai SUPP. Langkah ini akan dapat memastikan kemenangan besar untuk Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang," ujarnya memetik laporan Utusan Borneo.

    UPP merupakan parti serpihan SUPP ditubuhkan pada Julai 2014 oleh Dato Sri Wong Soon Koh yang merupakan bekas timbalan setiausaha agung SUPP.

    Selain Wong yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, tiga lagi ADUN SUPP menyertai UPP ialah Datuk Dr Jerip Susil (Mambong), Datuk Ranum Mina (Opar) dan Dr Johnichal Rayong Ngipa (Engkilili).

    Sementara itu, mengenai persiapan PRU14, Dr Sim berkata SUPP bekerja keras dan tidak pernah berhenti untuk menyiapkan diri menghadapi pilihanraya.

    “Kita amat berharap pengundi sedar kita adalah Sarawak yang lebih kuat menerusi parti rakyat Sarawak sekali gus membolehkan SUPP merampas semula beberapa kerusi milik kita terutama Stampin,” katanya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Dr Sim Gesa Bekas Ahli Di UPP Kembali Sertai SUPP "