• Diplomat AS letak jawatan panel siasatan Rohingya

    Published: Thursday, 25 January 2018
    A- A+
    YANGON 25 Jan. - Seorang diplomat Amerika Syarikat (AS) meletak jawatan daripada sebuah panel yang diwujudkan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, hari ini bagi membantu mengurangkan ketegangan etnik di negeri Rakhine.

    Bill Richardson dalam kenyataannya membidas Suu Kyi kerana tidak memberikan contoh kepimpinan yang baik dalam isu Rohingya.


    Bekas gabenor Amerika itu menegaskan, beliau tidak boleh meneruskan tugasnya ketika mengetahui jawatankuasa berkenaan mungkin hanya diwujudkan untuk ‘cuci tangan’ dalam mencari punca kepada tindakan etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Diplomat AS letak jawatan panel siasatan Rohingya "