• Dijual Ibu Sendiri

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    JAKARTA: Tujuh orang disyaki terbabit menghasilkan video porno kanak-kanak dengan wanita dewasa, termasuk dua ibu kepada mangsa berkenaan di Bandung.

    Ketua Polis Daerah Inspektor Jeneral Agung Budi Baryoto berkata, suspek utama dikenali sebagai M Faisal Akbar, 32, dipercayai menjual video lucah membabitkan budak lelaki dengan wanita kepada seseorang hanya dikenali sebagai ‘R’ dipercayai warga Russia yang dikenalinya melalui kumpulan sembang di Facebook.

    “Berdasarkan pemeriksaan awal, ia bermula dengan perkenalan di Facebook. Faisal adalah ‘pengarah’ video dan mengaut keuntungan jutaan rupiah. Harga ditetapkan bergantung kepada bahannya.

    “Contohnya untuk gambar dia memperoleh 6 juta rupiah (RM1,700), manakala video dua budak lelaki terbabit mengaut kira-kira 16 juta rupiah (RM4,700). Ada juga video lain dia mendapat bayaran 9 juta rupiah (RM2,700).

    “Keseluruhan bayaran diterimanya sekitar 31 juta rupiah (RM9,200) malah dipercayai video itu turut dijual di luar negara,” katanya.

    Agung berkata, Faisal mengaku mendapat permintaan daripada warga Russia terbabit yang selepas disiapkan, ia dihantar kepadanya melalui laman media sosial Telegram sebelum menerima bayaran.

    Video berkenaan kemudian tersebar di media sosial.

    Menurutnya, setakat ini, enam orang termasuk dua ibu kepada mangsa kanak-kanak terbabit sudah ditahan di sekitar Bandung, Ahad lalu, manakala seorang lagi suspek masih diburu.

    Katanya, Faisal mengenali seorang wanita yang cuma dikenali sebagai I yang merekrut kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun melalui ibu mangsa.

    “Faisal kemudian mengenali seorang wanita lain, Cici yang memperkenalkannya kepada wanita lain, Imel sebelum seterusnya dibawa menemui mangsa kedua, juga berusia sembilan tahun serta ibunya.

    “Keadaan ini amat menyedihkan kerana ibu bapa mangsa sendiri ‘menjual’ mereka,” katanya.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Dijual Ibu Sendiri "