• Diet Coke Rahsia Panjang Umur

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    MICHIGAN - Percaya atau tidak, seorang nenek berasal dari Grand Rapids, Amerika Syarikat (AS) mendakwa amalan meneguk minuman ringan Diet Coke setiap hari adalah rahsia umur panjangnya.

    Theresa Rowley yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-104 pada 1 Januari lalu berkata, dia mula minum Diet Coke pada 1982 semasa minuman itu mula-mula diperkenalkan.

    Ketika itu Theresa berusia 68 tahun.

    "Saya masih tidak percaya masih hidup sehingga ke hari ini. Pada usia 100 tahun, saya sudah pasrah dan ingat akan meninggal pada masa itu.

    "Tapi sehingga ke hari ini, tiada apa-apa berlaku dan saya masih sihat," katanya. - Independent

    Subjects:

  • No Comment to " Diet Coke Rahsia Panjang Umur "