• Didenda Menggaji Warga Asing Tiada Permit

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+


    KUALA TERENGGANU: Dua majikan mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menggaji pekerja asing yang tidak memiliki pas pekerjaan sah.

    Mohd Ruhasmizal Yatim, 33, dan Wahab Embong, 70, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 55(B)(1) Akta Imigresen 1959 yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

    Mengikut pertuduhan, Mohd Ruhasmizal didakwa menggaji dua pekerja asing di sebuah tapak projek di Losong Haji Mat Sapiei di sini, jam 10.10 pagi pada 4 Disember 2014.

    Bagi kesalahan itu, dia didenda RM20,000 atau berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

    Wahab didakwa menggaji seorang pekerja Myanmar di sebuah tapak projek di Batu Rakit, Kuala Nerus, jam 11 pagi pada 4 Disember tahun lalu.

    Dia didenda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

    Di mahkamah sama, seorang majikan didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah membenarkan seorang pekerja asing warga Myanmar tinggal di premis di tapak pembinaan.

    Fauzi Mohamad, 54, didakwa membenarkan pekerja Myanmar yang tidak memiliki pas sah untuk tinggal di sebuah tapak pembinaan di Kampung Pengkalan Nyireh, Kuala Besut, Besut, jam 11.40 pagi pada 2 Oktober tahun lalu.

    Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Terengganu, Nur Hidayah Ramley.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Didenda Menggaji Warga Asing Tiada Permit "