• Demi Pembangunan Marudi, Rakyat Diseru Sokong BN

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil menyeru penduduk di kawasannya agar terus menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN) demi pembangunan Marudi.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Penguang berkata Marudi masih memerlukan lebih banyak pembangunan khususnya infrastruktur asas bagi memenenuhi keperluan penduduk setempat tertutamanya di sekitar kawasan Pekan Beluru.

    "Sebagai contoh jalan raya ke Long Tisam sejauh 43 kilometer dan ketika ini saya cuba mendapatkan peruntukan kerajaan pusat untuk menaik taraf jalan tersebut kerana kos diperlukan sangat tinggi,”

    Justeru beliau yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan memohon rakyat di kawasan Tinjar dan Beluru untuk terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN bagi memastikan projek yang dirancang dan segala peruntukkan dapat diperolehi demi keperluan pembangunan rakyat. - Sarawakiana
  • No Comment to " Demi Pembangunan Marudi, Rakyat Diseru Sokong BN "