• Defisit Fiskal Malaysia Diunjur 2.8%

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 4 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Defisit fiskal Malaysia dijangka berkurang kepada 2.8 peratus pada 2018 berbanding paras tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.

    Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, unjuran itu mengambil kira prestasi baik pertumbuhan KDNK sebanyak 5.9 peratus pada Januari sehingga September lalu berbanding 4.6 peratus pada 2016.


    “Meskipun prospek ekonomi 2018 positif, kita perlu berhati-hati dengan cabaran di peringkat global,” katanya ketika berucap pada Hari Korporat Malaysia Tahunan CIMB ke-10 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Defisit Fiskal Malaysia Diunjur 2.8% "