• DBOS Sudah Mula Terima Permohonan Pinjaman

    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) yang memulakan operasinya semalam sudah mula menerima permohonan pinjaman daripada pelbagai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan.

    "DBOS menerima banyak permohonan pinjaman tetapi semua permohonan adalah daripada agensi atau syarikat berkaitan kerajaan yang kini dalam penilaian," kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Memetik laporan Utusan Borneo beliau berkata, jumlah pinjaman bergantung kepada deposit yang terdapat dalam bank dan projek yang hendak dibangunkan oleh peminjam.
     
    "Dengan bermulanya operasi DBOS semalam, bank milik sepenuhnya Sarawak ini akan dapat mengambil deposit daripada kerajaan negeri dan daripada syarikat berkaitan kerajaan pada masa akan datang.

    "Lebih penting dengan adanya bank ini, ia akan membolehkan Sarawak membiayai sendiri projek berpotensi seperti metanol tanpa kesulitan dari segi mendapatkan pinjaman," ujarnya.

    DBOS yang beralamat di Tingkat 2, Menara SEDC, Ithmus dengan modal berbayar sehingga RM500 juta ditubuhkan pada 11 Mei 2017 telah memulakan operasi semalam. - Sarawakiana
  • No Comment to " DBOS Sudah Mula Terima Permohonan Pinjaman "