• Dasar Kepimpinan Adenan Diteruskan Untuk Capai Status Negeri Berpendapatan Tinggi

    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 mampu dicapai dengan pelaksanaan semua polisi kerajaan, demikian kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

    Menurutnya, beliau berharap untuk melaksanakan semua polisi kerajaan negeri tahun ini sebagai langkah mencapai status negeri berpendapatan tinggi 2030.

    "Ini akan melibatkan pelbagai inisiatif untuk memodenkan ekonomi negeri selain untuk meneruskan dasar kepimpinan bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem," katanya menurut laporan Utusan Borneo.

    Tambahnya, Sarawak akan menyambut kemerdekaan ke 55 pada tahun 2018.

    "Kita (kerajaan) akan mengorak langkah baharu bagi memastikan Sarawak terus maju dan mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

    "Oleh itu, kita mengharapkan lebih banyak idea baharu untuk pembangunan sosioekonomi dan saya mahu setiap orang Sarawak menjadi sebahagian daripada kemajuan ini," tegasnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Dasar Kepimpinan Adenan Diteruskan Untuk Capai Status Negeri Berpendapatan Tinggi "