• Dapatkah Mahathir Terima Teguran Rakyat

    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+
    Pakatan Harapan (PH) mengambil masa yang lama untuk memilih siapa yang layak menjadi Perdana Menteri jika PH menang Pilihanraya Umun ke-14 (PRU14) nanti. Malah pertikaian berlaku diantara parti komponen dalam PH. Masing-masing mempunyai calon tersendiri dan tidak kurang pula ahli biasa pun mahu calon pilihan mereka di angkat.

    Dalam kecarutan tersebut, Mahathir bijak main peranan seperti mana permainan ketika menjadi Perdana Menteri dahulu. Sikap degil, ego dan penting diri membuktikan bakal calon Perdana Menteri lain tersingkir dan mengangkat kembali nama Mahathir sebagai calon utama PH sebagai Perdana Menteri.

    Inilah prinsip dan sikap Mahathir yang berjaya mendiamkan seluruh pemimpin dalam PH termasuk pemimpin PH Sabah dan Sarawak. Pada masa sama, Mahathir jenis yang tidak dapat menerima teguran dan kuputusan beliau muktamad.

    Perkara sebegini menggusar perasaan seluruh rakyat Sarawak bila PH menang PRU14. Mahathir menabur janji akan memudahkan penurunan hak yang berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada Sarawak dan Sabah.

    Adakah benar akan berlaku seperti janji-janji Mahathir pada waktu ini sedangkan melihat dari sikapnya, terdapat begitu banyak perkara yang tidak begitu meyakinkan akan berlaku. Atau mungkinkah Sarawak dan Sabah akan terus kehilangan hak jika PH jadi kerajaan ?

    Terdapat perkara yang memungkinkan Sarawak dan Sabah tidak mendapat hak seperti yang tercatit dalam MA63 akan kembali.

    1, Sejarah Mahathir sebagai Perdana Menteri membuktikan beliau tidak pernah memperduli nasib rakyat Sarawak dan Sabah dan tidak pernah mahu memberi ruang kepada suara rakyat menuntut hak.

    2 , Mahathir bukan tempat berbincang yang baik kerana beliau lebih gemar mengguna cara dan pendapat sendiri.

    3 , Lebih gemar membangun projek mega yang tidak menguntung rakyat Sarawak dan Sabah sepertimana kemahuan beliau yang mahu jambatan bengkok dibuat dengan kos yang tinggi walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengabai kemahuan tersebut.

    4 , Mahathir tidak bijak mengurus ekonomi negara di mana era beliau berkuasa begitu banyak syarikat-syarikat besar mengalami kerugian besar dan tidak mustahil rizab Sarawak yang mencecah RM27 bilion akan menyusut sepertimana beliau yang sebelum ini mahu mengambil SESCO di bawah pentadbiran pusat.

    Yang terbaru Mahathir jenis yang tidak boleh ditegur. Sultan Selangor menegur kenyataan Mahathir terhadap Bugis menyebabkan Mahathir bertindak memulang darjah kebesaran kepada Sultan.

    Hal sebegini juga merisaukan rakyat Sarawak apabila Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri untuk PH, kritikan dan pandangan Sarawak mengenai hak dan MA63 tidak akan dilayani memandangkan Mahathir tidak suka ditegur dan menerima pandangan rakyat.

    Maka tidak mustahil Sarawak dan Sabah terus ketinggalan dalam aspek pembangunan dan hak Sarawak tidak akan dipedulikan serta selama-lamanya MA63 akan terhakis jika Mahathir menjadi Perdana Menteri jika PH menang. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Dapatkah Mahathir Terima Teguran Rakyat "