• Dapat Kebenaran Dahulu, Baru Guru DG41 & DG48 Boleh Berpolitik

    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Dengan mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, guru gred DG41 dan DG48 boleh berkecimpung dengan politik.

    "Kaedah itu jelas dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bi.9 Tahun 2010 yang turut menetapkan syarat-syarat tertentu," kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Zainal Rahim Seman.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau memberitahu antara syarat yang telah ditetapkan ialah melarang mana-mana pegawai pendidikan yang memegang jawatan pentadbiran terlibat dalam politik atau memegang jawatan politik disebabkan perbezaan kedua-dua tugas tersebut.

    "Kita tidak mahu apa-apa kaedah pentadbiran di jabatan itu dijadikan sebagai bahan politik dan kita juga tidak mahu ada wujudnya percanggahan dari segi kepentingan antara tugas dan hal-hal politik," katanya.

    Tambah beliau, ia telah menjadi satu kelaziman dari segi peraturan, barang siapa yang melanggar peraturan tersebut, tindakan boleh diambil sebagai kawalan. - Sarawakiana

  • No Comment to " Dapat Kebenaran Dahulu, Baru Guru DG41 & DG48 Boleh Berpolitik "