• Dancila Wanita Pertama Dilantik Sebagai PM Romania

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+

    BUCHAREST: Viorica Dancila telah dinamakan sebagai Perdana Menteri wanita pertama Romania susulan peletakan jawatan mengejut oleh Mihai Tudose.

    Dancila yang juga anggota Parlimen Eropah sebelum ini dianggap sebagai sekutu kepada Parti Demokratik Sosial (PSD) pimpinan Liviu Gragnea, lapor BBC.

    Dalam pada itu, Presiden Romania, Klaus Iohannis berkata, dia mahu pelantikan Dancila dibuat secepat mungkin agar kerajaan baharu boleh dibentuk menjelang 1 Februari ini.

    Dancila, 54, merupakan Perdana Menteri ketiga Romania dalam tempoh tujuh bulan.-BBC



    Subjects:

  • No Comment to " Dancila Wanita Pertama Dilantik Sebagai PM Romania "