• Curi Minyak Shell, 17 Ditahan

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    SINGAPURA: 17 lelaki ditahan dan merampas wang tunai berjuta-juta dolar selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian minyak di kilang penapisan terbesar Shell, kata polis Singapura hari ini.

    Tangkapan pada Ahad lalu itu dibuat selepas Royal Dutch Shell Plc melaporkan kecurian itu kepada pihak berkuasa Singapura di tapak perindustrian Pulau Bukom, pada Ogos lalu.

    Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata antara yang ditahan adalah 'sejumlah kecil pekerja Shell' dan ia menjangkakan sedikit kelewatan dalam operasi bekalan di Bukom.

    Semua yang ditahan, berumur antara 30 hingga 63 tahun.

    Polis berkata, mereka turut merampas wang tunai berjumlah S$3.05 juta (RM9.1 juta) dan sebuah kapal tangki kecil dengan 12,000 tan muatan. Akaun bank suspek turut dibekukan, kata polis.

    Menurut laman web syarikat itu, Bukom adalah kilang terbesar milik Shell di dunia dari segi kapasiti penyulingan minyak mentah.

    Shell bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar minyak yang dicuri. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Curi Minyak Shell, 17 Ditahan "