• Conte Mengaku Terlepas Van Dijk

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+


    ANTONIO Conte mengesahkan bahawa Virgil van Dijk adalah sasaran Chelsea sebelum dia berpindah ke Liverpool.

    Satu masalah Chelsea dalam memburu pemain ialah mereka tidak sanggup membayar lebih dari £50 juta, kurang £25 juta dari apa yang akhirnya dibayar Liverpool.

    Malah, pemain berusia 26 tahun itu sudah lama diketahui ingin bekerja dengan Jurgen Klopp.

    "Inilah bola sepak," kata Conte.

    "Ini adalah kehidupan. Sudah tentu dia adalah sasaran kami tetapi seperti yang anda tahu inilah bola sepak. Kami boleh mempunyai banyak sasaran tetapi anda mesti mampu mencapai sasaran tersebut. Pasaran pemindahan tidak mudah untuk mana-mana kelab."

    Penandatanganan Van Dijk adalah salah satu sebab mengapa Conte berpendapat bahawa Liverpool tidak akan lemah dengan penjualan Philippe Coutinho ke Barcelona.

    "Tetapi Liverpool membeli Van Dijk untuk menguatkan barisan pertahanannya, dan saya rasa Van Dijk adalah pemain pertahanan terbaik," tambahnya.

    "Dan mereka menghabiskan €75 juta untuk pemain ini. Pada masa yang sama, mereka menjual Coutinho dengan sangat baik kerana apabila anda menjual pemain untuk jumlah wang ini, anda mempunyai baki wang untuk melabur, untuk mengukuhkan pasukan anda," katanya. -independent

    Subjects:

  • No Comment to " Conte Mengaku Terlepas Van Dijk "