• Coklat Pupus Pada 2050 Akibat Pemanasan Globa

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 4 January 2018
    A- A+


    WASHINGTON DC – Penggemar coklat di seluruh dunia kemungkinan suatu hari nanti tidak dapat menikmati manisan itu lagi kerana ia mungkin akan pupus akibat kesan pemanasan global.
    Menurut para saintis antarabangsa, seperti dipetik laman Business Insider, suhu terlalu panas serta cuaca kering boleh mengancam penanaman cacao, iaitu sejenis tumbuhan yang lazim menghasilkan bahan untuk coklat.

    Juga disebut cocoa atau koko dalam bahasa Melayu, pokok ini cuma boleh tumbuh di kawasan sempit tanah hutan hujan sekitar 20 darjah Utara dan Selatan garisan Khatulistiwa dengan suhu, hujan dan kelembapan adalah tetap.

    Lebih separuh daripada bekalan coklat dunia ketika ini dihasilkan dari dua negara Afrika Barat, iaitu Ivory Coast dan Ghana, manakala selebihnya oleh Indonesia, Brazil, Cameroon dan Nigeria, menurut Business Insider.

    Peningkatan suhu untuk beberapa dekad akan datang bakal menyebabkan menjelang pada tahun 2050 nanti kawasan tersebut tidak lagi sesuai untuk penanaman cacao atau nama saintifiknya iaitu Theobroma cacao.

    Bagaimanapun seperti dipetik Business Insider, pasukan penyelidik dari Universiti California kini sedang giat bekerjasama dengan syarikat pengeluar coklat terkemuka dunia, Mars, bagi menyelamatkan tanaman cacao.

    Mereka kini menggunakan teknologi canggih yang dikenali sebagai CRISPR untuk mengubah suai baka pokok tersebut supaya ia dapat generasi baharu tumbuhan berkenaan akan dapat bertahan di bawah iklim berbeza.

    Para saintis itu berharap dapat menghasilkan tumbuhan cacao yang tidak rosak pada suhu yang tinggi. Ketika ini lebih 4.4 juta tan biji koko dihasilkan setiap tahun di banyak negara seluruh dunia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " Coklat Pupus Pada 2050 Akibat Pemanasan Globa "