• Chong Pemimpin Yang Keterlaluan - Lo

    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+
    KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang menyifatkan pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai seorang pemimpin yang keterlaluan susulan tindakan Chong mendesak beliau untuk meletak jawatan.

    Menurut Lo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Chong boleh cuba memohon kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk jawatan pengerusi MPP jika beliau begitu bersemangat mahukan tugas itu.

    "Meminta saya untuk meletak jawatan pengerusi MPP adalah tidak masuk akal.

    "Tiada seorang pun di dunia akan membersihkan meja mereka untuk parti pembangkang hanya kerana idea Chong yang begitu keterlaluan," kata Lo menurut laporan Utusan Borneo.

    Pada 6 Januari 2014, Lo pernah menjemput Chong bersama ADUN Batu Kawah (ketika itu) Christina Chiew untuk bertemu di ibu pejabat MPP bagi mendengar penjelasan daripada perunding lalu lintas mengenai pelan induk Batu 7.

    Kata Lo, Chong turut di alu-alukan mencadangkan idea yang baik namum dalam minit mesyuarat yang direkodkan, jelas menunjukkkan bahawa beliau tidak memberi apa-apa cadangan yang membina.

    "Hari ini, empat tahun kemudian, beliau hanya dapat bercakap dan tidak mengemukakan sebarang cadangan yang masuk akal kepada saya untuk pelan induk Batu 7," ujarnya.

    Jelas Lo, Chong merupakan Ahli Parlimen selama tiga penggal dan gajinya ialah RM50,000 sebulan.

    "Nampaknya, cara beliau melakukan tugasnya adalah hanya untuk membuat bunyi keras dan kasar bagi mencari publisiti murahan," tegasnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Chong Pemimpin Yang Keterlaluan - Lo "