• China Tutup 128,000 Laman Web Lucah

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    SHANGHAI: China menutup lebih 128,000 laman web mengandungi bahan lucah dan maklumat 'berbahaya' pada 2017, lapor agensi berita Xinhua.

    Xinhua memetik kenyataan jabatan kebangsaan yang bertanggungjawab memerangi pornografi dan penerbitan haram.

    Sepanjang tahun lalu, 30.9 juta penerbitan haram dirampas membabitkan 1,900 individu yang berdepan tindakan undang-undang.

    China mengetatkan kawalan ke atas kandungan internet sebagai sebahagian daripada usaha mengekalkan 'kestabilan sosial' dengan memantau penggunaan bahasa 'kesat' dan kandungan pornografi serta berita yang tidak benar.

    Tahun lalu, antara portal utama yang dikendalikan Tencent, Baidu dan Weibo ditegur dan didenda oleh pengawal internet China kerana gagal menghapuskan kandungan sebelum persidangan utama Parti Komunis China.

    China memaksa pengendali jurnal luar negara agar menutup akses kepada beberapa tulisan sensitif dan ulasan buku membabitkan topik seperti Tibet, Taiwan dan tindakan keras di Dataran Tiananmen pada 1989 sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan kawalan ke atas bahan akademik. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " China Tutup 128,000 Laman Web Lucah "