• China Bina Penapis Udara Terbesar

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+


    SHAANXI - CHINA. Sebuah menara setinggi 100 meter yang akan berfungsi sebagai penapis udara telah dibina di Xian, China kononnya untuk membasmi pencemaran udara yang melanda negara tersebut.

    SCMP mengatakan kualiti udara di kawasan seluas 10 kilometer persegi bertambah baik semenjak menara tersebut berfungsi beberapa bulan lalu.

    Penyelidik, Cao Junji menjelaskan rumah hijau seluas satu padang bola sepak sebagai tapak menara menapis udara tercemar yang berjaya disedut.

    Udara tercemar kemudian dipanaskan menggunakan tenaga solar dan kemudian keluar melalu menara tersebut yang mengandungi beberapa lapisan penapis.

    "Menara tersebut tiada saingannya. Keputusan yang diterima sangat menggalakkan," kata Cao.

    Kata Cao, berpuluh-puluh lagi stesen penapis akan dibina untuk mengawasi tahap pencemaran udara dan hasil positif tapisan menara terbabit.

    Projek tersebut dilancarkan pada 2015 dan bertujuan untuk mencari alternatif mengurangkan pencemaran udara dengan kos yang rendah.

    Kos pembinaan menara tersebut tidak didedahkan. - SH

    Subjects:

  • No Comment to " China Bina Penapis Udara Terbesar "