• Cara Tok Nan, Abang Jo Berbeza Namun Sama Tuntut Hak Sarawak Dalam MA63

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaskan, pendekatan yang digunakan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem mungkin berbeza namun semangat dan perjuangan tetap sama.

    Ketua Menteri berkata, antara persamaan mereka adalah meneruskan rundingan bagi mendapatkan kembali hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

    "Apa yang diperjuangkan sejak menjadi ketua menteri selama satu tahun sejak 13 Januari 2017 hingga hari ini (semalam) adalah sama dengan apa yang diperjuangkan oleh Tok Nan," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Sarawak.

    Jelas Abang Johari, dulu adalah "Adenan Team", tetapi sekarang adalah gilirannya untuk memimpin pasukan dan Sarawak.

    Beliau turut menyeru ahli PBB untuk terus memelihara dan mengukuhkan perpaduan dalam parti kerana PBB merupakan tulang belakang Barisan Nasional (BN) di Sarawak. 

    "Elemen penting dalam PBB ialah muafakat, persefahaman dan perpaduan yang terus membantu mengukuhkan parti," tegasnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Cara Tok Nan, Abang Jo Berbeza Namun Sama Tuntut Hak Sarawak Dalam MA63 "