• Calon BN Sarawak Tiada Masalah Integriti

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+

    Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar percaya calon yang bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Sarawak tidak akan berdepan masalah melibatkan integriti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

    Menurutnya, ini kerana BN sentiasa memberi keutamaan kepada faktor integriti dan ia terbukti dengan kejayaan pada pilihan raya sebelum ini.

    "Sarawak tidak akan berdepan masalah," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Setiap kali pilihan raya tambahnya, calon BN yang diturunkan di Sarawak bukan sahaja atas faktor kualiti dan populariti tetapi juga integriti turut diberi perhatian.

    "Adalah tidak dapat dibayangkan jika pemimpin tidak mempunyai integriti berkhidmat kepada rakyat," ujarnya.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Calon BN Sarawak Tiada Masalah Integriti "