• Calon BN Sarawak Akan Ada Muka Baharu

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri menggambarkan calon BN perlu ada muka baharu kerana kerajaan Sarawak kini berada dalam proses transformasi

    Memetik laporan SarawakVoice, Abang Johari yang juga pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengakui akan ada penyandang dari parti komponen terbesar BN berkenaan digugurkan dari bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    Namun beliau mengakui belum memaklumkan kepada individu terlibat bahawa mereka akan digugurkan.

    "Tetapi secara kasarnya, kita sudah ada calon cuma belum dimuktamadkan. Kita perlu kepada muka baharu kerana kita berada proses transformasi,” katanya.

    Menurut beliau lagi, BN negeri akan mengambil kira faktor umur, prestasi dan maklum balas pelbagai agensi sebagai calon BN Sarawak pada PRU14.

    “Era atau umur juga perlu diambil kira kerana kita mahu calon tersebut mampu mendokong apa yang kita gagaskan hari ini," -Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Calon BN Sarawak Akan Ada Muka Baharu "