• Cabul Kerani, Penganggur Warga Yaman Didakwa

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+


    PETALING JAYA – Seorang penganggur warga Yaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang kerani wanita, dua minggu lepas.

    Muhammad Ali Abdullah Al Masnaim, 33 , didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita yang berusia 26 tahun itu dengan niat hendak mencabul kehormatan dengan memegang bahu sebelah kanan dan cuba mencium pipinya dalam lif, sebuah pangsapuri di Serdang, dekat sini, pada 3 pagi, 20 Dis tahun lepas.

    Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik tidak menawarkan sebarang jaminan manakala tertuduh tidak membuat rayuan kerana tidak mempunyai penjamin.

    Majistret Nurulhuda Zakariya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 Feb untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Cabul Kerani, Penganggur Warga Yaman Didakwa "