• Bunuh Anak, Isteri Di Hotel Mewah Hong Kong

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    HONG KONG – Seorang warga Korea Selatan ditahan kerana disyaki membunuh isteri dan anak lelakinya di hotel mewah Ritz – Carlton di sini semalam, kata pihak berkuasa.

    Polis bergegas ke hotel selepas menerima laporan pagi semalam, bahawa seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya berusia 42 tahun sedang bergaduh.

    Polis berkata, wanita dan budak lelaki berusia enam tahun ditemui mati di tempat kejadian sementara lelaki terbabit ditahan kerana membunuh dan dibawa ke hospital.

    Penolong komander polis daerah, Chan Tsz-Leung berkata, suspek dipercayai mabuk dan tidak sedarkan diri dalam suite hotel dengan kecederaan ringan pada tangan dan wajah.

    Mangsa wanita mengalami pelbagai kecederaan dan luka pada leher manakala budak lelaki terbabit luka pada leher.

    Tsz-Leung berkata, polis menemui pisau sepanjang 12.7 sentimeter di tempat kejadian. Motif pembunuhan tidak jelas dengan suspek masih dirawat di hospital dan belum boleh disoal siasat.

    Laman berita tempatan, Apple Daily berkata, pasangan itu dan anak lelaki mereka mendaftar masuk ke hotel lima bintang terbabit beberapa hari sebelumnya.

    Sumber rapat dengan siasatan memaklumkan AFP, seorang rakan suspek memberi amaran kepada pihak berkuasa di Korea Selatan, dia berpotensi membunuh diri sebelum insiden terbabit. – AFP/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Bunuh Anak, Isteri Di Hotel Mewah Hong Kong "