• Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan Tabika Kemas dilancar


    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    KUALA LANGAT - Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas hari ini dilancarkan bagi memupuk nilai murni dalam kalangan kanak-kanak.

    Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buku garis panduan itu akan diedarkan kepada seluruh Tabika Kemas untuk dipraktikkan dan dipatuhi oleh semua guru.

    Menurut beliau, buku itu diterbitkan adalah bertujuan membudayakan kebersihan kanak-kanak di Tabika Kemas dengan lebih tersusun dalam bentuk aktiviti kokurikulum.

    “Sebelum ini, Tabika Kemas memang sudah mengamalkan budaya kebersihan, namun kebanyakan dilakukan oleh pembantu yang dilantik. Dengan adanya garis panduan ini, kanak-kanak ini akan dilatih menjaga kebersihan sendiri seperti mengelap meja dan membasuh pinggan.

    “Antara perisian yang terdapat dalam buku garis panduan ini bukan sahaja daripada etika kebersihan, tetapi aspek pemakaian, gaya hidup sihat, adab sebelum makan dan doa-doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian,” katanya selepas mengadakan lawatan Sesi Awal Tahun Persekolahan 2018 sekaligus melancarkan buku garis panduan tersebut.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan Tabika Kemas dilancar
 "