• Budak Jalanan Mangsa Pedofilia Warga Jepun

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 2 January 2018
    A- A+


    POLIS Jakarta menahan seorang lelaki warga Jepun yang didakwa terlibat melakukkan serangan seksual terhadap dua kanak-kanak.

    Mangsa yang masing-masing berusia 11 dan 12 tahun adalah penjual tisu di sebuah pusat membeli belah.

    Ketua Polis Jakarta Selatan, Komander Mardiaz berkata, pihaknya juga telah menahan seorang wanita tempatan dikenali sebagai Mamih D yang bersubahat dengan suspek.

    "Suspek mengaku telah melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak berkenaan," katanya.

    Hasil siasatan mendapati, suspek bekerja sebagai chef di sebuah restoran Jepun di Jakarta.

    Menurutnya, suspek yang lebih dikenali dengan panggilan AA akan menghubungi Mamih setiap kali berhasrat melakukan perbuatan terkutuknya itu.

    "Mamih akan membawa mangsa ke hotel yang ditetapkan," katanya.

    Mangsa didakwa 'dijual' oleh Mamih pada harga Rp 2 juta di mana untuk setiap mangsa dia memperoleh upah sebanyak RM400,000.

    Menurut Mardiaz, Mamih sering 'mencari' kanak-kanak jalanan untuk bekerja sebagai pekerja seks bagi mendapatkan habuan.

    Suspek telah didakwa mengikut Perkara 76E dan Perkara 82 Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Budak Jalanan Mangsa Pedofilia Warga Jepun "