• Buat Urusniaga Dadah Hanya Guna Not RM1

    Published: Thursday, 25 January 2018
    A- A+

    GEORGETOWN: Hanya terima wang kertas RM1. Itu dilakukan dua lelaki ketika membuat urusan menjual dadah kepada pelanggan mereka.

    Difahamkan, mereka yang juga ahli sindiket pengedaran dadah jenis heroin itu enggan menerima wang kertas lain kerana bimbang ia palsu dan hanya menerima not RM1 ketika berurusan dengan pelanggan.

    Kedua-dua lelaki berusia 33 dan 34 tahun itu bagaimanapun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dalam serbuan di Pangsapuri Desa Iswara, Relau di sini, Ahad lalu.

    Serbuan jam 9 malam itu turut membongkar kegiatan mereka yang menjadikan pangsapuri berkenaan sebagai makmal memproses dadah dan hasilnya polis menemui wang kertas RM1 dibungkus rapi dengan jumlah keseluruhan bernilai RM11,000.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, polis merampas heroin seberat 4.391 kilogram, 383 gram heroin dan serbuk kafien 35.5 kilogram dengan jumlah keseluruhan bernilai RM158,800.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Buat Urusniaga Dadah Hanya Guna Not RM1 "