• Britney Spears Bertunang?

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Dilihat menyarungkan cincin di jari, penyanyi antarabangsa Britney Spears menimbulkan tanda tanya sama ada benarkah dia sudah bertunang dengan kekasihnya, Sam Ashgari.

    Menerusi gambar yang tersebar, Britney yang ketika itu sedang bercuti dengan teman lelakinya itu dilihat bergembira bersama dua orang anaknya, Sean Federline dan Jayden James Federline di Hawaii, Amerika Syarikat.

    Setakat ini, baik Britney atau Sam belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang desas desus tersebut.

    Penyanyi Toxic itu mula menjalinkan hubungan dengan Sam ketika lelaki itu terlibat dalam muzik videonya, Slumber Party pada tahun 2016.

    Sebelum ini, sumber mengatakan yang hubungan Britney dan teman lelakinya semakin serius serta bakal ke fasa lebih tinggi tidak lama lagi.- UTUSAN ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Britney Spears Bertunang? "