• Britain Desak UNHRC Gantung Keanggotaan Arab Saudi

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+
    LONDON: Dua peguam hak asasi manusia Britain hari ini meminta Arab Saudi digantung daripada Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) berhubung 61 orang yang ditahan tanpa sebab atau hilang oleh pihak berkuasa negara itu.

    Ken Macdonald dan Rodney Dixon dijangka menyerahkan laporan mereka kepada UNHRC di Geneva, mendakwa 61 penangkapan 'melanggar undang-undang Arab Saudi dan antarabangsa', menurut kenyataan akhbar.

    Laporan menuduh pihak berkuasa menyasarkan aktivis hak asasi manusia, pembangkang dan yang lain kerana mengamalkan hak mereka bersuara.

    Ia juga mendakwa penangkapan yang dibuat pada September 2017 itu adalah sebahagian penderaan berterusan sejak sekian lama oleh Arab Saudi.

    Ia juga menyatakan gelombang penangkapan bermula 10 September lalu apabila ulama terkenal termasuk Salman al-Awdah dan Awad al-Qarni, ditahan dalam kempen ke atas pembangkang.

    "Ada laporan kukuh mereka dilayan buruk dan didera sepanjang penahanan," menurut laporan.

    Ia menambah laporan mencadangkan Perhimpunan Agung PBB supaya mempertimbangkan segera untuk menggantung keahlian Arab Saudi dalam UNHRC menurut resolusi tidak menerima anggota yang melakukan pelanggaran hak asasi manusia secara sistematik.

    Di Geneva, jurucakap UNHRC, Rolando Gomez, berkata sebarang langkah menggantung anggota perlu dilakukan Perhimpunan Agung dengan kehadiran dan undian majoriti dua pertiga. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Britain Desak UNHRC Gantung Keanggotaan Arab Saudi "