• Bomba Selamatkan Beruk Gayat Atas Pokok Kelapa

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+

    Gara-gara gayat, seekor beruk di Ketereh Kelantan terpaksa diturunkan daripada sebuah pokok kelapa oleh sepasukan anggota bomba.

    Beruk jantan milik seorang warga emas dikenali sebagai Pak Lah dikatakan tersangkut di atas sebatang pokok setinggi 12 meter.

    Haiwan itu juga dikatakan terpaksa berada di atas pokok berkenaan hampir 40 minit sebelum diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Kelantan.

    Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, JBPM terpaksa menggunakan tangga untuk membawa turun beruk gayat itu.

    Menurut Ketua Balai Bomba Dan Peyelamat Ketereh, Penolong Pegawai Bomba Mohd Rafain Mat Zin, pihaknya mengambil masa lebih 30 minit untuk menurunkan beruk berkenaan yang tersangkut ketika memetik kelapa.- BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " Bomba Selamatkan Beruk Gayat Atas Pokok Kelapa "