• Bomba Potong Hilux, Selamatkan Pemandu Tersepit

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+
    BETONG: Pihak Bomba mengambil langkah memotong bahagian badan kenderaan jenis Hilux bagi menyelamatkan pemandunya yang tersepit dalam kejadian kemalangan jalanraya di Jambatan Sungai Babu, Debak dekat sini malam semalam.

    Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak, dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, sebuah Hilux dari arah jalan Debak dan lori kargo dari arah Betong menuju telah bertembung dari arah bertentangan.

    Kemalangan tersebut telah mengakibatkan kenderaan Hilux terperosok di bawah lori kargo.

    Beliau berkata, khidmat sebuah lori towing digunakan untuk menarik lori kargo ke arah belakang, pihak Bomba kemudiannya memotong badan kenderaan Hilux menggunakan hydraulic cutter bagi mengeluarkan pemandu Hilux yang tersepit.

    “Pemandu Hilux yang mengalami kecederaan berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Ambulan Klinik Kesihatan Debak,” katanya

    Manakala pemandu dan kelindan lori kargo tiada mengalami kecederaan. – Sarawakiana

  • No Comment to " Bomba Potong Hilux, Selamatkan Pemandu Tersepit "