• Bomba Komuniti Dekat Di Hati Penduduk Simunjan

    Published: Saturday, 27 January 2018
    A- A+


    SIMUNJAN: Penglibatan penduduk Simunjan dalam program bomba komuniti semakin meningkat dengan 10 kampung merangkumi 100 ahli mengambil bahagian.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia menunjukkan bomba komuniti sudah mula mendapat tempat dalam hati masyarakat yang semakin bertanggungjawab.

    Menurutnya, beliau tidak pernah lupa untuk memberi penekanan terhadap nilai kebertanggungjawaban dalam mewujudkan rukun tertangga yang harmoni dan selamat.

    "Kawasan kejiranan yang selamat dan mampan adalah hasil daripada wujudnya nilai kebertanggungjawaban terhadap kawasan setempat kita.

    "Saya dimaklumkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan, Mat Undi bahawa terdapat seramai 100 orang dari 10 kampung di daerah Simunjan memngambil bahagian dalam program bomba komuniti," katanya berucap pada Majlis Penutupan Program Bomba Komuniti Simunjan di sini, hari ini.

    Beliau berharap supaya program tersebut dapat bergerak dengan penuh dedikasi dan cekap.

    "Saya juga mahu melihat program ini diwujudkan di kampung-kampung lain yang masih belum ada lagi program bomba komuniti," ujarnya.

    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris.-Sarawakiana
  • No Comment to " Bomba Komuniti Dekat Di Hati Penduduk Simunjan "