• Bomba Bantu Bawa Lelaki 155kg Ke HUS

    Published: Thursday, 25 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Seorang lelaki berusia 50 tahun seberat 155 kilogram terpaksa dibawa ke hospital dengan bantuan bomba.

    Sebelum itu, pesakit mengadu sakit badan ketika berada di rumahnya di Taman Kali di sini pagi tadi.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan dari pihak hospital menyatakan mangsa perlu dibawa ke hospital kerana memerlukan pemeriksaan kesihatan terperinci.

    Katanya, pihaknya menerima panggilan daripada pembantu perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk membantu lelaki yang mempunyai masalah kesihatan.

    “Sebaik tiba di rumahnya, lelaki berkenaan didapati sedang menahan kesakitan di ruang tamu dan memerlukan rawatan lanjut di hospital.

    "Pihak kami berjaya mengangkat mangsa menggunakan ‘stretcher’ dan menyerahkan mangsa kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Bomba Bantu Bawa Lelaki 155kg Ke HUS "