• BNM Tegur Pengguna Twitter

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menegur seorang pengguna akaun twitter yang menyamar kononnya sorang pekerja bank pusat itu.

    BNM menerusi akaun rasminya @BNM_official menulis: "Hi Siti. Tolong berhenti memutarbelitkan BNM. Tolong berhenti menyamar sebagai kakitangan BNM.

    Kakitangan BNM tidak berkelakuan seperti yang anda buat. Kami terikat dengan Kod Tatalaku. Sila maklum."

    Komen tweet oleh BNM itu dikeluarkan selepas pengguna, Siti Zulaiha yang menggunakan nama akaun sebagai @zulaihaanuar_, mengancam seorang pengguna MEIN bernama @meinmokhtar supaya menyekat identifikasinya pada masa akan datang jika dia tidak menghormatinya, yang kononnya bekerja di BNM.-- Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " BNM Tegur Pengguna Twitter "