• BN Sarawak Tolak Tun M Jadi PM

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    Barisan Nasional (BN) Sarawak berpendapat Pakatan Harapan (PH) hanya menggunakan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menarik pengundi sekaligus mengambil alih kerajaan persekutuan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarkawi Suhaili berkata pentadbiran Tun Mahathir ketika dahulu dianggap sebagai diktator terutamanya kepada pembangunan negeri Sarawak.

    “Saya melihat tidak banyak perubahan dibawa jika Tun Dr Matathir menjadi Perdana Menteri lagi kerana secara realiti Sarawak masih jauh ketinggalan di bawah pentadbirannya.

    “Sarawak melalui zaman di mana kita masih jauh ketinggalan daripada pelbagai sudut berbanding sekarang di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Wanita PBB Cawangan Bekenu Hadijah Syiekh Kassim berkata, Sarawak  akan kekal menyokong Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Najib serta menolak isu-isu Semenanjung Malaysia yang cuba diputar belit pembangkang ke negeri ini.

    "Selama ini Tun Dr Mahathir menyebabkan Sarawak ketinggalan daripada pelbagai sudut pembangunan serta dianaktirikan di bawah pentadbirannya suatu ketika dahulu.

    “Saya secara peribadi sememangnya tidak menyokong Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kerana kita sudah menilai prestasinya yang lalu,” ujarnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " BN Sarawak Tolak Tun M Jadi PM "